DVCR ialah Laporan Keadaan Kenderaan Pemandu (Driver Vehicle Condition Report). DVCR ialah senarai semak pemeriksaan yang mesti dilengkapkan pada permulaan hari anda sebelum anda mula memandu, dan pada penghujung setiap hari apabila anda selesai dengan Laluan anda.
Buka aplikasi Mentor dan ikut arahan di bawah untuk melengkapkan kedua-dua DVCR Praperjalanan dan Pascaperjalanan:
DVCR PRAPERJALANAN
- Ketik MULAKAN LALUAN.
- Sahkan bahawa anda cukup cergas untuk memandu.
- Imbas pelekat Kod QR di tingkap sebelah pemandu atau Kod Bar VIN di pintu sebelah pemandu untuk memulakan proses DVCR Praperjalanan.
- Berjalan mengelilingi kenderaan, sambil memeriksa setiap kategori pada DVCR.
- Ketik ibu jari ke atas untuk melaporkan TIADA KEROSAKAN bagi suatu kategori, atau ibu jari ke bawah untuk melaporkan KEROSAKAN.
- Sekiranya kerosakan dicatat, pilih subkategori yang betul untuk kerosakan tersebut.
- Ambil gambar kerosakan dan pilih GUNAKAN FOTO atau TANGKAP SEMULA, sebagaimana perlu.
- Pilih KOMEN yang sesuai daripada senarai untuk melaporkan kerosakan yang betul.
- Jika kerosakan tidak tersenarai, pilih LAIN-LAIN dan masukkan teks untuk menerangkan kerosakan.
- Klik LAPORKAN KEROSAKAN untuk kembali ke senarai. Teruskan melalui senarai semak dengan mengikuti langkah-langkah di atas untuk melaporkan kerosakan bagi kategori yang berkenaan.
- Klik FAILKAN LAPORAN untuk menyelesaikan DVCR Praperjalanan anda dan mulakan laluan anda.
DVCR PASCAPERJALANAN
- Pada penghujung hari anda, klik TAMATKAN LALUAN dan pilih YA untuk mengesahkan anda telah selesai memandu pada hari tersebut.
- Berjalan mengelilingi kenderaan untuk memeriksa sebarang kerosakan baharu yang mungkin berlaku semasa perjalanan anda.
- Sekiranya tiada kerosakan bahru untuk dilaporkan, pilih TIDAK untuk menyelesaikan DVCR Pascaperjalanan anda.
- Sekiranya ada kerosakan baharu untuk dilaporkan, pilih YA. Anda akan diarahkan ke senarai semak penuh DVCR.
- Ikut langkah di atas untuk melengkapkan DVCR.
- Ketik FAILKAN LAPORAN untuk menamatkan laluan anda.