Kriteria berikut mesti dipenuhi agar Mentor dapat merakamkan Perjalanan dengan betul.
- Anda mesti log masuk ke Mentor.
- Anda mesti Mulakan Syif atau Mulakan Laluan pada permulaan syif anda.
- Sekiranya berkenaan, anda mungkin perlu melengkapkan laporan Pemeriksaan Praperjalanan untuk menyempurnakan permulaan syif anda.
- Sekiranya anda di luar rangkaian selular atau telefon anda di luar talian, perjalanan anda masih dirakamkan; namun ia tidak akan terpapar di Papan Pemuka Mentor sehinggalah telefon anda berada dalam talian atau dalam rangkaian selular semula.
- Peranti anda mesti mempunyai sensor yang betul dan keizinan/tetapan mesti ditetapkan dengan betul.
Berikut ialah keperluan peranti untuk Mentor berfungsi dengan betul:
- Android 5.0 ke atas, atau iOS 10 ke atas diperlukan. Telefon pintar yang dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun yang lalu sepatutnya serasi dengan Mentor, walaupun bukan semua peranti mempunyai julat sensor yang paling luas. Perkakasan minimum yang diperlukan ialah GPS, sensor giro dan akselerometer.
Selain itu, tetapan di bawah diperlukan agar Mentor dapat mengesan perjalanan bermula/berhenti dengan berkesan:
- iOS:
- “Perkhidmatan Lokasi” mesti diaktifkan di Tetapan —> Privasi —> Perkhidmatan Lokasi
- “Gerakan & Kecergasan” mesti diaktifkan dan Lokasi mesti ditetapkan kepada “Sentiasa” dalam Tetapan—> Mentor.
- Android:
- “Lokasi” mesti diaktifkan dalam Tetapan.
“Mod Penjimat Bateri” mesti dinyahaktifkan.